Hari minggu yang lalu aku sempat berkunjung ke Hutan Lipur Sungai Congkak, Seperti di Hutan Lipur Ampang, di sini pengunjung juga dikenakan bayaran masuk dan meletak kenderaan. Cuma yang membezakan, hutan lipur ini tidak perlu berjalan jauh ke lokasi perkelahan dan penyelenggaraan kemudahan asasnya pula bolehlah dianggap baik.
Suasana bertambah meriah apabila ada sekumpulan keluarga dan remaja melakukan aktiviti sukaneka sama ada di darat atau di air. Kebetulan aku membawa kamera, sempatlah merakamkan suasana menarik dan meriah itu. Bagi penulis, di hutan lipur ini menjanjikan panorama indah, flora dan fauna yang menggamit pandangan dan ketenangan jiwa kepada para pengunjung.